Khamis, 4 November 2010

Hidup Baru

Bismillahirrahmaanirrahiim


Dengan nama Allah, semoga Dia sentiasa menyembuhkan hati2 kita yang selalu lalai.


Apa yang patut dilakukan apabila kita difitnah?


Teringat kata2 seorang teman. Tidak baik memfitnah wanita beriman. Namun saya bukanlah seorang wanita yang sangat beriman, apatah lagi solehah. Jadi, kadang2 terasa berat hati untuk menggunakan kata2 ini. Hakikatnya makhluk terbahagi kepada 3 jenis kategori:-


1. makhluk yang imannya sentiasa meningkat - para Rasul dan nabi
2. makhluk yang imannya sentiasa constant - para malaikat
3. makhluk yang imannya sentiasa menurun - orang fasiq


 Mudah untuk berkata2 kerana lidah kita merupakan benda yang paling ringan dan tajam. 
Perkara yang paling susah untuk dihindar adalah fitnah sedangkan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Kenapakah? Sebabnya, apabila kita memfitnah, kita bukan sekadar membunuh 1nyawa, malah boleh melaga2kan seluruh penduduk bumi. Realitinya kita boleh lihat dari sudut rakyat Malaysia sendiri. Dengan politik yang terumbang-ambing, ekonomi yang semakin kacau-bilau, harga petrol dan gula semakin menaik bagai rakyat Mesir mengumpul lemak di musim sejuk. hehe. 
[hipotesis: bila harga minyak makin naik, maka harga tiket kapal terbang pun memuncak di kala musim cuti panas. T___T]


Mungkin kita patut berfikir sejenak, adakah benar kata2 yang ungkapkan? Contoh, anda melihat kawan anda berikhtilat dengan seseorang. Jadi, adakah anda akan terus menghukum bahawa dia berkapel dengan orang itu? sedangkan ramai lagi orang yang berikhtilat dengan bermacam2 orang. Adakah dia itu berkapel dengan semua orang yang dia ikhtilat?
Bahkan jangan terkejut jika kawan anda tadi memberitahu bahawa dia tidak mahu pun berikhtilat dengan sesiapa itu, tetapi disebabkan terhutang budi, jadi dia terpaksa melayan orang tu.. 
Jadi, bagi akhawat2, awaslah jika terapat dengan sesiapa, sebab anda mungkin jadi bahan fitnah..haha


wutever~~
Susah sebenarnya untuk menjadi wanita solehah jika anda pernah mempunyai kenangan silam yang hitam. 


Ya Allah, betapa penat daku merintih kerana keringnya air mata
namun aku sedar ini cabaran terbesar buatku..
Ya Allah, ampunkanlah zaman silamku..


Wallahu a'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan