Jumaat, 3 Disember 2010

Ya Allah, kembalikanlah nikmat kemanisan iman kepadaku

Bismillahirrahmaanirrahiim


Sebenarnya tengah pikir sal esainmen.. tiba2 nak berblog lak.. terasa dikejar bayang2 apabila blog kita diperhatikan oleh orang2 yang kita x nak dia tahu pasal blog kita kan..


Harini banyak betul status wanita solehah.. semua orang berusaha nak menjadi, sebab semua nakkan suami yang soleh.. ye lah, x ke kelakar bila tengok laki warok bagai sorang abid, tapi si perempuan pakai baju x cukup benang.. klakar x?? tanya sape2 pun, mesti semua nak tergelak punye.. kalo yang perempuan tudung labuh.. ada ke dia nak lelaki berambut traffic light jadi suami die.. ade ke?? cuba jawab haa..


Kadang2, nafsu remaja ni seolah2 mengajak saya supaya buat jahat sekali sekala.. bila dah buat, baru terasa kesan taubat tuh..


Sahabat-sahabat.. JANGAN SESEKALI kita buat jahat.. [bukan jangan sekali-kali.. kalo x, rasa cam nak buat 2 kali 2 kali] .. bak lagu saujana.. buat baik berpada2.. buat jahat jangan sesekali..
kenapa saya menegah anda buat jahat? bukan saya yang menegah, kalau Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam  ada di sini, pasti baginda pun berusaha abis-abisan nak banteras segala maksiat.. [selawat yer.. kalo anda x nak termasuk orang yang celaka]




Saya pernah berniat hendak buat jahat, adakalanya jadi, adakalanya tidak.. di saat itu saya sudah merasakan kemanisan iman sedikit   
rasa sedih sangat, sebab sekali buat jahat, meskipun dosa kecil seperti lalai mengingati Allah, Allah menarik sedikit demi sedikit nikmat kemanisan iman tu.. Allah tarik nikmat menangis di tengah malam, Allah tarik nikmat berzikir 24jam, Allah tarik nikmat berdoa dengan bersungguh2.. Sape yang x sayangkan amalan2? sebab semua amalan itulah yang menjadi janji naungan arasy Allah di padang Mahsyar kelak.. amalan ini jugalah yang menjadi janji bahawa Allah akan selamatkan selembar bulu mata daripada api neraka.. 


oh.. sedey3.. T___T


Ya Allah, kembalikanlah nikmat kemanisan iman kepadaku, kerana aku tidak sanggup berada dalam siksa azab api neraka-Mu
dan tidak sanggup pula berjauhan daripada haruman syurga-Mu..
sesungguhny aku hamba yang hina kerana selalu memikirkan ganjaran-Mu sahaja.. tetapi tidak pula memikirkan hak hak-Mu..


Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah..


[sehingga kini kita masih boleh membaca benda2 baik tetapi berat punggung nak melaksanakan solat malam, kemudian malas pula membaca Quran.. huh, camna nak dapat kemanisan iman kalo benda2 basic macamni pun x leh nak buat.. wei2, sedaq2la wahai diriku..huhuhu]


Wallahu a'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan